Kohort Dua Belas

Kenangan-kenangan ituOh, bagaimana mulanya?Hari-hari yang berlaluOrang bilang apa ada?Rupa-rupanya ada sajaTeman-teman, engkaulah dia! Derap kaki, taut hati, seri terpateriUkhuwah terserlah, mahabbah tercurahAh, aku kasih, aku rindu ikatan ini! Berterbangan sayap-sayap waktuEnam tahun selesai bertamuLekas benar, mengapa entah?Akhirnya, tetap satu yang kupintaSemoga kekal Dia bersama kita, selamanya ―Muhaimin Safaruddin22 Jun 2019,6.39 petang,Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

Read More Kohort Dua Belas

Tuah dalam Ranah Sains Islam?

Minggu pertama semester kedua sesi 2018/2019 di alma mater, fikiran saya segera melayang kembali terhadap atur cara Diskusi Sains Islam (DSI) anjuran kepemimpinan lajnah jabatan saya sendiri, Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (SGPI), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM) yang dilaksanakan secara bersiri pada semester lalu. Alhamdulillah, saya diizinkan oleh Allah untuk bisa menghadiri […]

Read More Tuah dalam Ranah Sains Islam?

Coretan #AkuDanPMA

Bercakap mengenai Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), aku mula mengenali persatuan fakulti ini ketika aku berada dalam tahun pertama Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) sekitar tahun 2013 di APIUM Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Ketika itu, aku berhasil menemui akaun Facebook peribadi milik Yang Dipertua (YDP) PMAPIUM pada masa itu, iaitu […]

Read More Coretan #AkuDanPMA

Persediaan Itu Suatu Tindakan

Dalam kursus “Information Technology Project Management (ITPM)” yang juga merupakan salah satu kursus teras jabatan saya di universiti, antara topik yang diketengahkan dalam pembelajaran kursus tersebut ialah “Project Management Process Groups” yang perlu diambil perhatian oleh para pengamal dan pembangun projek teknologi maklumat (IT) bagi memastikan projek kendalian mereka menemui kejayaan. Kumpulan proses itu juga […]

Read More Persediaan Itu Suatu Tindakan

Tiada yang Sia-Sia

1. Terimbau saat pabila saya ditanyakan soalan mengapa saya menyertai Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (SUKSIS), sedangkan pada hakikatnya saya tidak memasang niat pun untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) usai bergraduasi nanti. Jawapan ringkas yang boleh saya berikan ialah – ilmu dan pengalaman. 2. Sebagai seorang mahasiswa sarjana muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat […]

Read More Tiada yang Sia-Sia

Seketika, PASUM Berdoa

Segala puji bagi Allah. Sudah seminggu nampaknya saya melalui bulan Ramadan pada tahun ini. Tinggal tiga minggu lagi berbaki dalam misi memburu takwa dan mencapai reda-Nya. Tahun 2015 menjadi saksi bahawa saya sekali lagi akan menyambut bulan Ramadan secara penuh di rumah kerana sedang menikmati cuti setelah menamatkan zaman asasi dan sementara menunggu kemasukan ke […]

Read More Seketika, PASUM Berdoa

Ayahku Seorang yang ‘Liberal’

“Nanti kamu degree nak sambung course apa?” Kereta Mercedes milik ayah meluncur laju memecah keheningan pada malam itu. Sambil memandu, ayah meluangkan masa untuk bersembang dan bertanya khabar perihal saya mengenai pembelajaran akademik di universiti, lebih-lebih lagi saya masih bergelar pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS), satu-satunya asasi di Malaysia mungkin yang mempunyai gabungan […]

Read More Ayahku Seorang yang ‘Liberal’