Rutin Orang Kaya Berjaya yang Tidak Ramai Orang Tahu

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara rasminya berkuat kuasa hari ini (10 Jun 2020). Pelbagai perasaan dapat kita alami sendiri atau menjadi saksi terhadap orang lain; gembira, terharu, teruja, bangga, bahkan mungkin ada sedikit duka. Bercampur-baur. Dah boleh rentas negeri.Dah boleh melancong dalam negara.Dah boleh buka lebih banyak lagi sektor ekonomi. Seolah-olah, kesemua rasa itu […]

Read More Rutin Orang Kaya Berjaya yang Tidak Ramai Orang Tahu

Apa Sebenarnya yang Buat Kita Takut Menulis?

Pernah saya terbaca dalam satu hantaran, kemahiran menulis adalah antara kemahiran yang sangat diharapkan untuk dapat dimiliki oleh seorang manusia selepas kemahiran menyanyi. Berkenaan kemahiran menyanyi itu, kita kena akui bahawa bukan semua orang dikurniakan kelebihan memiliki suara emas oleh Sang Maha Pencipta. Jadi, pemilik suara perak, gangsa, besi, atau selainnya, termasuklah saya mungkin sudah […]

Read More Apa Sebenarnya yang Buat Kita Takut Menulis?

Kerana Satu Tanda Baca, Berselisihlah Sang Pujangga

Ceritanya begini. Pada tahun 1969, … Okey, abaikan. Ish, cengkerik betul. Hanya Kerana Satu Tanda Baca Okey, kali ini cerita sebenar. Saya cuma teringat akan kisah yang pernah diceritakan oleh seorang Pensyarah merangkap Guru mulia saya, Dr. Wan Adli Wan Ramli ḥafiẓahuLlāh ketika dalam satu sesi tutorial kursus ‘Metodologi Penyelidikan Islam’ di Akademi Pengajian Islam […]

Read More Kerana Satu Tanda Baca, Berselisihlah Sang Pujangga

Ramadan, Syawal, dan Liberalisme

Hujan renyai-renyai yang turun pada malam ini seolah-olah menangisi pemergian sang Ramadan yang baru saja berangkat pulang meninggalkan kita. Ternyata, dalam kelazatan dan kenikmatan kaum Muslimin menjalani amal ibadat sepanjang bulan Ramadan dengan penuh pengabdian, dapat kita perhatikan bahawa masih terselit juga babak-babak kurang enak lagi kurang menyenangkan yang menjentik sanubari kita selaku umat Islam. […]

Read More Ramadan, Syawal, dan Liberalisme

Dah Kenapa dengan Dunia Ini?

Petang semalam, sedang saya beristirahat di atas sebuah sofa yang empuk lagi mengancam, dengan tidak semena-mena, mataku tertancap ke arah suatu pemberitahuan daripada aplikasi Astro Awani yang telah saya pasang dalam gajet saya. Tajuk berita itu berbunyi ‘Sultan Mizan undur dari Sukan SEA KL’. Saya ini bukanlah sejenis yang gemar melayan portal berita (sebab selalunya […]

Read More Dah Kenapa dengan Dunia Ini?

Usik-Kuis-Siku

“لا إله إلا الله، إلها واحدا، ونحن له مسلمون!”“Hidup, hidup! Hidup Islam!”“Lawan tetap, lawan!”“Takbir! Allahu akbar!” Doa rabitah. Doa wehdah.Demonstrasi jalanan. Tidak kira sama ada laungan itu muncul daripada doa atau suara keramat tika himpunan raya, gempita teriakan itu tidak akan lengkap jika para pelaung itu tidak melakukan “ribat” – sepasang siku yang berada di […]

Read More Usik-Kuis-Siku

Abang Joe! Akhirnya Rambutku Gugur Jua

Pesanan buat anda yang tidak gemar memendekkan rambut anda yang panjang atau anda yang tidak boleh digunting rambutnya kerana botak, tiada rambut, atau ego, mohon jangan baca. Saya tidak bertanggungjawab atas setiap keguguran dan kegatalan rambut selepas anda membaca penulisan ini. Jam enam petang. Beberapa hari sebelum bulan Ramadan… Saya memecut laju skuter ‘Saya Yang […]

Read More Abang Joe! Akhirnya Rambutku Gugur Jua

Seketika, PASUM Berdoa

Segala puji bagi Allah. Sudah seminggu nampaknya saya melalui bulan Ramadan pada tahun ini. Tinggal tiga minggu lagi berbaki dalam misi memburu takwa dan mencapai reda-Nya. Tahun 2015 menjadi saksi bahawa saya sekali lagi akan menyambut bulan Ramadan secara penuh di rumah kerana sedang menikmati cuti setelah menamatkan zaman asasi dan sementara menunggu kemasukan ke […]

Read More Seketika, PASUM Berdoa