Kohort Dua Belas

Kenangan-kenangan ituOh, bagaimana mulanya?Hari-hari yang berlaluOrang bilang apa ada?Rupa-rupanya ada sajaTeman-teman, engkaulah dia! Derap kaki, taut hati, seri terpateriUkhuwah terserlah, mahabbah tercurahAh, aku kasih, aku rindu ikatan ini! Berterbangan sayap-sayap waktuEnam tahun selesai bertamuLekas benar, mengapa entah?Akhirnya, tetap satu yang kupintaSemoga kekal Dia bersama kita, selamanya ―Muhaimin Safaruddin22 Jun 2019,6.39 petang,Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

Read More Kohort Dua Belas

Aku dan Pilihan Raya Kampus

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jumaat. 8 Mac 2019. 2 Rejab 1440. Malam kelmarin (6 Mac 2019), aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghadiri kenduri kesyukuran Neo-Siswa Universiti Malaya pasca-Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) 2019 di Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi menghargai segala keringat dan penat lelah para […]

Read More Aku dan Pilihan Raya Kampus

Usik-Kuis-Siku

“لا إله إلا الله، إلها واحدا، ونحن له مسلمون!”“Hidup, hidup! Hidup Islam!”“Lawan tetap, lawan!”“Takbir! Allahu akbar!” Doa rabitah. Doa wehdah.Demonstrasi jalanan. Tidak kira sama ada laungan itu muncul daripada doa atau suara keramat tika himpunan raya, gempita teriakan itu tidak akan lengkap jika para pelaung itu tidak melakukan “ribat” – sepasang siku yang berada di […]

Read More Usik-Kuis-Siku

Doa untuk Mangsa Banjir

Disember 25, 2014. Awal tahun 2014 dahulu, Malaysia ditimpa kemarau. Hujan tidak turun selama kurang lebih empat bulan. Beberapa buah negeri di Malaysia ada yang menjalankan catuan air. Sehinggakan, kita terpaksa menunaikan solat sunat istisqa’ yang tidak pernah-pernah kita lakukan dalam hidup memohon supaya Allah menurunkan hujan. Kini, 2014 hendak melabuhkan tirainya. Kita diuji pula […]

Read More Doa untuk Mangsa Banjir