Mahasiswa dan Politik

Siapakah Mahasiswa? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mahasiswa didefinisikan sebagai “penuntut (pelajar) di universiti”. Mahasiswa merupakan gabungan dua kata kunci, iaitu ‘maha’ yang bermaksud “teramat; sangat; paling” dan ‘siswa’ yang bermaksud “penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti)”.[1] Secara umumnya, mahasiswa merupakan suatu kelompok dalam masyarakat yang memperoleh […]

Read More Mahasiswa dan Politik

Jangan Nodai Kedaulatan Manusia Bernama “Mahasiswa”

Lewat beberapa kurun sebelum istilah “hak asasi manusia” mula menjadi topik perbincangan universal sekitar alaf ke-18, Islam sebenarnya telah terlebih dahulu menjuarai permasalahan yang berkaitan kemanusiaan serta mengangkat derajat manusia di tempat yang tertinggi. Konsep ini seperti yang diistilahkan oleh al-Syahid Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti RHM disebut sebagai “siyādah al-insān” (kedaulatan manusia). Setiap manusia yang […]

Read More Jangan Nodai Kedaulatan Manusia Bernama “Mahasiswa”

Aku dan Pilihan Raya Kampus

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jumaat. 8 Mac 2019. 2 Rejab 1440. Malam kelmarin (6 Mac 2019), aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghadiri kenduri kesyukuran Neo-Siswa Universiti Malaya pasca-Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) 2019 di Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi menghargai segala keringat dan penat lelah para […]

Read More Aku dan Pilihan Raya Kampus

Tiada yang Sia-Sia

1. Terimbau saat pabila saya ditanyakan soalan mengapa saya menyertai Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (SUKSIS), sedangkan pada hakikatnya saya tidak memasang niat pun untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) usai bergraduasi nanti. Jawapan ringkas yang boleh saya berikan ialah – ilmu dan pengalaman. 2. Sebagai seorang mahasiswa sarjana muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat […]

Read More Tiada yang Sia-Sia

Pascapeperiksaan

Suatu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat sahabat-sahabat yang masih tekun mengulang kaji dan berbincang mengenai mata pelajaran sempena menghadapi peperiksaan akhir semester yang masih berlangsung, sedangkan saya di sini telah pun mengakhirinya pada tahun lepas. Ceh, tulis tahun lepas macam dah lama sangat saja gayanya sudah habis peperiksaan. “Serius ah kau dah […]

Read More Pascapeperiksaan

Mari Merungut dan Bersungut

2015 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Ibarat kebiasaan, kebanyakan orang sudah pasti mahu menutup tahun yang penuh suka duka itu dengan penutup yang bahagia serta memasuki era 2016 dengan permulaan yang mempesona. Ya, sudah fitrah semula jadi manusia, kita sememangnya mahukan yang terbaik dalam segenap inci dan ruang yang wujud dalam hidup ini. Semua orang […]

Read More Mari Merungut dan Bersungut

Oh, Adik-Adikku!

Melihatkan gelagat adik-adik saya yang kerap bermain permainan komputer, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah seringkali membuatkan saya tersenyum sendiri dan mengingatkan saya pada zaman ‘jahiliah comel’ saya dahulu yang gemar juga mengisi masa kosong dengan aktiviti seperti ini. Apa yang terlintas setiap hari setiap kali bangun pagi ialah; bangun pagi, buka komputer, melayari Internet, […]

Read More Oh, Adik-Adikku!