Tuah dalam Ranah Sains Islam?

Minggu pertama semester kedua sesi 2018/2019 di alma mater, fikiran saya segera melayang kembali terhadap atur cara Diskusi Sains Islam (DSI) anjuran kepemimpinan lajnah jabatan saya sendiri, Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (SGPI), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM) yang dilaksanakan secara bersiri pada semester lalu. Alhamdulillah, saya diizinkan oleh Allah untuk bisa menghadiri […]

Read More Tuah dalam Ranah Sains Islam?

Apabila Agamawan Dihentam

Harus diakui, golongan agamawan (ulama, tok guru, mufti, imam, ustaz, dan sebagainya) pada masa ini sesungguhnya menghadapi cabaran yang maha hebat. Bukan sekadar cabaran dalam usaha membaiki kerosakan yang kian menguncup dalam kalangan masyarakat, bahkan cabaran dalam menangkis tanggapan buruk masyarakat juga terhadap golongan yang membawa atau memakai gelar agama. Masyarakat pula saban hari disuap dan […]

Read More Apabila Agamawan Dihentam

Pentingnya Manhaj yang Tulen!

Beberapa detik sebelum sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2018, sempena malam Hari Raya Fitrah yang penuh berbahagia, izinkan saya mengambil sedikit masa sahabat-handai dengan coretan yang serba kekurangan ini. Alhamdulillah, sore 16 Ramadan 1439 bersamaan 1 Jun 2018 yang hening itu, pihak jawatankuasa (JK) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Akademi Pengajian […]

Read More Pentingnya Manhaj yang Tulen!

Cacat, Tetapi Perasan Sempurna

Dikisahkan, terdapat sebuah pulau yang hanya didiami oleh penduduk yang cacat anggota badan. Masing-masing antara mereka telah dilahirkan dengan sebegitu rupa. Ada yang kudung tangan, ada yang telinga hanya sebelah sisi, ada yang berkaki satu, dan bermacam-macam lagi cacat anggota yang lain. Namun begitu, kesemua mereka menganggap bahawa kecacatan itulah kesempurnaan yang dimiliki oleh mereka. […]

Read More Cacat, Tetapi Perasan Sempurna

Sinergi Dai: Kekuatan Menghadapi Cabaran

Pertemuan siri keempat bagi Madrasah Gen-Q kali ini bukan seperti pertemuan biasa-biasa. Pertemuan seperti itu dianggap oleh Dr. Azmil bin Zainal Abidin, Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM) sebagai sebuah ‘usrah.’ Usrah, seperti yang disebut oleh Dr. Azmil, terkandung padanya sebuah keperluan untuk melengkap atau menyempurnakan pembelajaran […]

Read More Sinergi Dai: Kekuatan Menghadapi Cabaran

Usik-Kuis-Siku

“لا إله إلا الله، إلها واحدا، ونحن له مسلمون!”“Hidup, hidup! Hidup Islam!”“Lawan tetap, lawan!”“Takbir! Allahu akbar!” Doa rabitah. Doa wehdah.Demonstrasi jalanan. Tidak kira sama ada laungan itu muncul daripada doa atau suara keramat tika himpunan raya, gempita teriakan itu tidak akan lengkap jika para pelaung itu tidak melakukan “ribat” – sepasang siku yang berada di […]

Read More Usik-Kuis-Siku

Saya dan Perbandingan Agama

Saya mula mempelajari bab perbandingan agama ketika saya masih dalam tingkatan lima (tahun 2012) di Institut Al-Qayyim​, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ketika itu, niat utama saya hanya mahu menghabiskan cuti umum Hari Malaysia​ selama tiga hari dua malam (14-16 September 2012) di rumah salah seorang sahabat junior saya, saudara Muawiyah Al Murtadho​ yang masih […]

Read More Saya dan Perbandingan Agama

Bukan Semata-Mata Akademik

Kebanyakan pemuda atau belia berfikir bahawa, “satu-satunya cara untuk aku memberikan manfaat kepada Islam ialah melalui akademik,” atau “satu-satunya cara untuk aku melakukan sesuatu demi Islam adalah dengan menjadi seorang dai superstar, hoyeah!” “Aku kena pergi ke Universiti al-Azhar, aku kena pergi ke Universiti Islam Madinah, aku kena pergi ke universiti sekian-sekian, universiti itu, universiti […]

Read More Bukan Semata-Mata Akademik