Kejujuran yang Mengharukan

Rabu, Disember 7, 2016. Lebih kurang jam 4.40 petang, aku bersama-sama dengan salah seorang sahabatku melangkah ke dormitori dengan hati yang girang setelah berjaya mengadakan janji temu dengan seonsaengnim (선생님: guru) Bahasa Koreaku di bangunan Global & Research (G&R) Hub bermula jam 3.20 petang tadi. Pada asalnya, kami hanya sekadar mahu bertemu dan berbual-bual santai […]

Read More Kejujuran yang Mengharukan

Naneun Noereul Saranghaeyo!

Sudah seminggu lebih sejak kelas Bahasa Korea (한국어) berakhir secara rasmi pada 1 Disember 2016 yang lalu. Masih terbayang dalam kotak memori semasa mula-mula saya memasuki kelas tambahan Bahasa Korea pada setiap malam Selasa dan Khamis di sini. Walaupun kelas ini cuma kelas tambahan dan bukan kelas formal yang mengguna pakai sistem jam kredit, namun […]

Read More Naneun Noereul Saranghaeyo!

Keju dan Salju Gwangju

Babak 1. Cuaca dingin sejak belakangan ini menyebabkan aku semakin berat hati untuk ke bilik air. Kalau ya pun melangkah masuk ke tandas itu hanyalah untuk bersugi, melepaskan hajat, atau mengangkat hadas kecil. Mandi mungkin cuma sehari sekali. Bukan apa, boleh saja kalau hendak mandi dengan air bersuhu panas. Nikmat weh disimbah dengan pancuran air […]

Read More Keju dan Salju Gwangju

Luruhnya Dedaun Kota Gwangju

Dedaun sudah meluruh,Reranting kian membotak,Sesejuk musim memanggil;Langit berhenti mengguruh,Tamat alunan si katak,Ketar sejasad menggigil. Roda terus berputar,Gerak tanpa berhenti,Hingga masa penamat;Lihat alam sekitar,Hati terus hayati,Hai inikah azimat? Salju itu putih,Arang itu hitam;Moga kalbu bersih,Dari desa kusam. ―무하이민,11월 21일,전남대학교.

Read More Luruhnya Dedaun Kota Gwangju