Ramadan, Syawal, dan Liberalisme

Hujan renyai-renyai yang turun pada malam ini seolah-olah menangisi pemergian sang Ramadan yang baru saja berangkat pulang meninggalkan kita. Ternyata, dalam kelazatan dan kenikmatan kaum Muslimin menjalani amal ibadat sepanjang bulan Ramadan dengan penuh pengabdian, dapat kita perhatikan bahawa masih terselit juga babak-babak kurang enak lagi kurang menyenangkan yang menjentik sanubari kita selaku umat Islam. […]

Read More Ramadan, Syawal, dan Liberalisme

Rahmat Turun Pagi Tadi, Ya Allah!

Ramai pula sahabat yang meminta saya berkongsi penulisan ekoran daripada ‘sepucuk’ status WhatsApp saya pagi tadi. Tak ada apa-apa pun status tersebut, cuma temanya berkisarkan perubahan emosi daripada keresahan kepada kelegaan. Insya-Allah, saya tulislah sedikit sebanyak bagi memenuhi hajat mereka. Malam semalam (10 Oktober 2018), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah berjaya menganjurkan “Dialog Menteri 1.0: […]

Read More Rahmat Turun Pagi Tadi, Ya Allah!

Pentingnya Manhaj yang Tulen!

Beberapa detik sebelum sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2018, sempena malam Hari Raya Fitrah yang penuh berbahagia, izinkan saya mengambil sedikit masa sahabat-handai dengan coretan yang serba kekurangan ini. Alhamdulillah, sore 16 Ramadan 1439 bersamaan 1 Jun 2018 yang hening itu, pihak jawatankuasa (JK) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Akademi Pengajian […]

Read More Pentingnya Manhaj yang Tulen!

Sinergi Dai: Kekuatan Menghadapi Cabaran

Pertemuan siri keempat bagi Madrasah Gen-Q kali ini bukan seperti pertemuan biasa-biasa. Pertemuan seperti itu dianggap oleh Dr. Azmil bin Zainal Abidin, Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM) sebagai sebuah ‘usrah.’ Usrah, seperti yang disebut oleh Dr. Azmil, terkandung padanya sebuah keperluan untuk melengkap atau menyempurnakan pembelajaran […]

Read More Sinergi Dai: Kekuatan Menghadapi Cabaran

Ilmu Kalam sebagai Asas dalam Menangani Pemikiran Asing

Seperti biasa, sementara menunggu kehadiran pembentang, saudara Muhammad Shahrulanwar bin Mohd Shukri selaku Pengerusi Neo-Siswa Universiti Malaya (UM) sesi 2016/2017 melontarkan terlebih dahulu empat persoalan utama untuk perhatian para peserta. Supaya pada akhirnya, segala persoalan tersebut berupaya dicerna sebaik mungkin bagi menatijahkan tema yang menjadi teras modul kedua Madrasah Gen-Q pada malam itu. Empat persoalan […]

Read More Ilmu Kalam sebagai Asas dalam Menangani Pemikiran Asing

Peranan Tradisi Ilmu Islam dalam Membentuk Peradaban Ummah

Kira-kira jam 8.00 malam, sebelum kehadiran panel pembentang, saudara Muhammad Shahrulanwar bin Mohd Shukri selaku Pengerusi Neo-Siswa Universiti Malaya (UM) sesi 2016/2017 mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan gagasan Madrasah Gen-Q yang baru ditubuhkan berserta objektif di sebalik penubuhannya kepada para peserta yang berdaftar. Secara ringkasnya, matlamat akhir Madrasah Gen-Q melalui garapan lapan […]

Read More Peranan Tradisi Ilmu Islam dalam Membentuk Peradaban Ummah