Sebelum 30, Kita Mahu Apa?

Persoalan kehidupan yang selalu hadir bertimpa-timpa bak hujan di sebelah petang itu acapkali buat saya merenung panjang. Kalau berdasarkan foto yang saya ketemu dalam e-buku ‘Lelaki, Wang, dan Rumah Pertama’ ini, Dr. Azizul Azli Ahmad, salah seorang sifu kewangan tempatan yang amat saya ikuti rapat perkembangan penulisannya sangat menggalakkan anak muda untuk berjaya memiliki sebuah […]

Read More Sebelum 30, Kita Mahu Apa?

Rumah Kita; Bagaimana Suasananya?

Pepatah Arab ada menyebut: « الجار قبل الدار » “(Pilihlah) jiran sebelum (memilih) rumah.” Kelihatannya mudah, namun besar sebenarnya makna kata-kata ini. Bukan sekadar individu yang bernama jiran itu, bahkan skop yang lebih luas akan hakikat maknanya adalah, bagaimana suasana atau biah di persekitaran rumah kita itu. Rabu lalu (18 September 2019), saya berkesempatan untuk […]

Read More Rumah Kita; Bagaimana Suasananya?

Aku dan Pilihan Raya Kampus

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jumaat. 8 Mac 2019. 2 Rejab 1440. Malam kelmarin (6 Mac 2019), aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghadiri kenduri kesyukuran Neo-Siswa Universiti Malaya pasca-Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) 2019 di Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi menghargai segala keringat dan penat lelah para […]

Read More Aku dan Pilihan Raya Kampus

SUKSIS, a Glimpse of Bliss

1. Telah beredar lebih seminggu sejak acara keramat itu berlangsung pada 12 Ogos 2018 yang lalu. Daerah Mu‘allim menjadi saksi akan 1,285 orang mahasiswa selamat ditauliahkan sebagai ‘Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis’ dalam suatu Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam (UA) Malaysia buat kali ke-14 […]

Read More SUKSIS, a Glimpse of Bliss

Coretan #AkuDanPMA

Bercakap mengenai Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), aku mula mengenali persatuan fakulti ini ketika aku berada dalam tahun pertama Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) sekitar tahun 2013 di APIUM Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Ketika itu, aku berhasil menemui akaun Facebook peribadi milik Yang Dipertua (YDP) PMAPIUM pada masa itu, iaitu […]

Read More Coretan #AkuDanPMA

Tiada yang Sia-Sia

1. Terimbau saat pabila saya ditanyakan soalan mengapa saya menyertai Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (SUKSIS), sedangkan pada hakikatnya saya tidak memasang niat pun untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) usai bergraduasi nanti. Jawapan ringkas yang boleh saya berikan ialah – ilmu dan pengalaman. 2. Sebagai seorang mahasiswa sarjana muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat […]

Read More Tiada yang Sia-Sia

Matang?

Kadang-kadang… Eh, bukan kadang-kadang! Selalu jugalah. Seringkali, apabila saya meneroka dan membelek semula status-status dan hantaran-hantaran lama yang pernah dinukilkan dahulu dalam laman media sosial, seringkali saya berasa malu terhadap ketidakmatangan diri sendiri, bahkan seringkali juga saya bermonolog sendiri antara percaya dengan tidak. “Eh, betulkah aku pernah tulis benda alah ini dahulu?” Masakan tidak? Betapa […]

Read More Matang?

Seketika, PASUM Berdoa

Segala puji bagi Allah. Sudah seminggu nampaknya saya melalui bulan Ramadan pada tahun ini. Tinggal tiga minggu lagi berbaki dalam misi memburu takwa dan mencapai reda-Nya. Tahun 2015 menjadi saksi bahawa saya sekali lagi akan menyambut bulan Ramadan secara penuh di rumah kerana sedang menikmati cuti setelah menamatkan zaman asasi dan sementara menunggu kemasukan ke […]

Read More Seketika, PASUM Berdoa

Adindaku Sudah di Alam Kampus!

Rumahku terasa sepi sekali lagi. Pada saat adik-adikku yang masih bersekolah sedang bergembira menghabiskan masa dua minggu cuti persekolahan dengan aktiviti membuang masa (keh keh), adik perempuanku yang sulung, Anis Syakirah​ pula mula mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar​ pada hari ini. Maka, kesunyianlah adik perempuanku […]

Read More Adindaku Sudah di Alam Kampus!

Saya dan Perbandingan Agama

Saya mula mempelajari bab perbandingan agama ketika saya masih dalam tingkatan lima (tahun 2012) di Institut Al-Qayyim​, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ketika itu, niat utama saya hanya mahu menghabiskan cuti umum Hari Malaysia​ selama tiga hari dua malam (14-16 September 2012) di rumah salah seorang sahabat junior saya, saudara Muawiyah Al Murtadho​ yang masih […]

Read More Saya dan Perbandingan Agama