Bening Safar

Di celahan lorong dan lereng itu aku lewati
Di kedutan relung dan gelung itu aku susuri
Hambatan aral yang melintang itu, kau tempuhi gagahlah
Hamburan lara yang meloreng itu, kau redahi megahlah

Larang-larang yang ditegah itu, harus diingat
Barang-barang yang diarah itu, harus ditaat

Kalau perlu rehat dan rawat
Kalau mahu curhat buat pelepas penat
Ya sila, ke marilah!
Namun, usah pula berlama-lama istirahat
Adatlah istiqamah itu berat
Demi Allah! Segala yang kita perbuat
Dia Maha Menilai dan Melihat

Dan untuk kesekian kalinya
Serahkan saja urusanmu kepada Dia
Yang Maha Mengurus lagi Mengatur segala
Kerana
Takdir dan karunia-Nya
Untukmu adalah baik belaka


Muhaimin Safaruddin
24 Oktober 2019,
MRT Sungai Buloh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s