Berzikirlah!

Alhamdulillah, sepanjang mengikuti Daurah Musim Panas (DAMSAS) 7.0 pada 1–14 Julai 2019 yang lalu di Pondok Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’, berikut ialah senarai wirid yang telah kami pelajari dan lazimi sepanjang keberadaan kami di sana:

  1. Al-Wird al-Sakrān (susunan Ḥabīb ‘Alī bin Abū Bakar al-Sakrān), dibaca setiap kali selepas solat fardu lima waktu.
  2. Al-Wird al-Laṭīf (susunan Imām ‘AbduLlāh bin ‘Alawī al-Ḥaddād), dibaca selepas solat Subuh dan Asar.
  3. Rātib al-Ḥaddād (susunan Imām ‘AbduLlāh bin ‘Alawī al-Ḥaddād), dibaca selepas solat Maghrib.

Kita sebenarnya mempunyai banyak koleksi zikir dan wirid dalam tradisi Islam selain yang disebutkan di atas (contoh: Rātib al-‘Aṭṭās susunan Ḥabīb ‘Umar bin ‘Abd al-Raḥmān al-‘Aṭṭās, al-Adhkār sususan Imām al-Nawawī, al-Manzil susunan Maulānā Zakariyyā al-Kāndahlawī, dan lain-lain), tetapi kebanyakan daripada kita hanya mengetahui al-Ma’thūrāt susunan Imām Ḥasan al-Bannā sahaja.

Al-Ma’thūrāt yang selalu kita amalkan pun, hanyalah berpada setakat al-Waẓīfah al-Ṣughrā sahaja. Itupun nasib baik baca. Kalau sebaliknya?

Betapa kita sangat kekontangan makanan rohani buat bekalan tasawuf kita. Jadi, jom teman-teman, kita basahi lidah dan jiwa kita dengan melazimi zikrullah. Di samping mempelajari tauhid dan fiqah, jangan dikesampingkan pembelajaran tasawuf yang menjadi tonggak untuk mencapai taraf al-Iḥsān.

Semoga Allah mengganjari para guru yang telah mendidik kita dengan kebaikan yang tidak terperi, amin.

« لَوْ لا مُرَبِّيْ ما عَرَفْتُ رَبِّيْ »

“Kalaulah bukan kerana guruku, nescaya aku tidak mengenali Tuhanku.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s