Kritikan Luaran

Seringkali kita menjumpai mereka di luar sana hanya melakukan penilaian terhadap sesebuah buku atau karya melalui isi dalamannya sahaja. Namun begitu, kita sering terlupa bahawa naskhah buku juga mengandungi kulitnya tersendiri yang memaparkan gambaran secara kasar buku tersebut secara keseluruhan.

Sebab itu, ada seorang senior pernah berpesan kepada saya melalui lisan pensyarahnya, perkara pertama yang boleh diamalkan oleh seorang pembaca ketika mahu memilih sesebuah bahan bacaan ialah melakukan suatu amalan yang disebut sebagai “external criticism“.

External criticism” atau kritikan luaran ini merupakan suatu kaedah bagi memperoleh gambaran umum sesebuah buku melalui penilaian terhadap isi luaran buku tersebut, yakni melalui kulit hadapan dan belakangnya. Daripada perbuatan ini, kita boleh memperoleh beberapa maklumat asas seperti berikut:

1. Penulis atau pengarang buku

Perkara pertama sebelum membuka buku ialah mengambil tahu siapakah penulis buku tersebut. Kita boleh mengkaji dahulu apakah latar belakang hidup dan pendidikannya, bagaimana pengamalan agama, cara hidup, dan cara fikirnya, serta lain-lain maklumat yang ingin kita tahu terhadap diri si penulis.

2. Tajuk buku

Pernah atau tidak kita terfikir kenapa pengarang memilih sesuatu tajuk itu bagi dijadikan judul kitabnya? Tajuk buku merupakan tema atau fokus utama sesebuah buku bagi menyimpulkan isinya secara keseluruhan. Ada jenis tajuk buku yang biasa-biasa, ada tajuk yang ‘catchy,‘ dan ada juga tajuk yang aneh lagi pelik. Maka, pilihlah tajuk buku yang bersesuaian dengan bahan bacaan yang kita inginkan.

3. Penerbit buku

Seterusnya, kita boleh mengambil tahu penerbit buku mana yang menerbitkan buku sedemikian. Apakah genre atau jenis buku yang sering diterbitkan oleh penerbit tersebut, siapakah orang-orang di sebaliknya, serta pelbagai lagi.

4. Sinopsis buku

Kebiasaannya, sinopsis atau kesimpulan ringkas sesebuah buku dicetak pada bahagian kulit belakangnya. Maka, bacalah sinopsis tersebut bagi mendapatkan gambaran awal tentang bagaimana isi dan kandungan penuh sesebuah buku itu, apa tema utamanya, dan lain-lain.

5. Ilustrasi atau reka bentuk kulit buku

Ada pepatah mengatakan, “do not judge a book by its cover“. Tetapi hakikatnya, kulit buku juga sangat berperanan besar dalam menarik minat pembaca atau menunjukkan konsep umum mengenai apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan oleh seebuah buku itu melalui pengarangnya. Maka, telitilah kulit buku tersebut sedalam yang mungkin, beleklah sepuas-puasnya, lalu mulakan selakan pertama!


Dengan beberapa penelitian di atas, kita selaku seorang pembaca bolehlah memperoleh sedikit sebanyak apa sebenarnya yang mahu disampaikan oleh si pengarang melalui hasil penulisannya yang diterjemahkan melalui bentuk senaskhah buku. Maka, mudahlah nanti untuk kita memilih bahan bacaan di kedai atau toko buku dengan penuh cermat dan berhati-hati sesuai dengan pegangan akidah kita.

Oh ya, sebelum melakukan seluruh perkara di atas, apa-apa hal, jangan lupa mulakan dahulu dengan nama Tuhan! Bukankah Dia telah berfirman: “bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan –

Justeru, ayuh, capailah senaskhah buku dan mulalah membaca!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s