Cacat, Tetapi Perasan Sempurna

Dikisahkan, terdapat sebuah pulau yang hanya didiami oleh penduduk yang cacat anggota badan. Masing-masing antara mereka telah dilahirkan dengan sebegitu rupa. Ada yang kudung tangan, ada yang telinga hanya sebelah sisi, ada yang berkaki satu, dan bermacam-macam lagi cacat anggota yang lain.

Namun begitu, kesemua mereka menganggap bahawa kecacatan itulah kesempurnaan yang dimiliki oleh mereka. Mereka telah dididik sejak kecil untuk menerima fahaman tersebut sebagai suatu perkara biasa dan bukan lagi sebagai sebuah kecacatan.

Entah bagaimana, pada suatu hari, seorang manusia yang sungguh sempurna anggota tubuhnya, lengkap dengan pancainderanya yang lima datang pula ke pulau tersebut. Terkejutnya bukan kepalang saat melihat kecacatan yang ada pada setiap orang penduduk pulau itu.

Lalu, sebaik sahaja manusia sempurna itu melewati kerumunan penduduk pulau yang sedang menjalani aktiviti seharian mereka, penduduk pulau itu lantas melihat setiap inci dan gerak-geri si manusia sempurna ini dengan pandangan penuh curiga.

Mereka berbisik dan bercakap sesama sendiri:

“Wah, ada orang cacatlah yang datang ke pulau kita ini!”
“Siapa pula mamat cacat bertangan dua, berkaki dua ni?”
“Kenapa telinganya ada pada kedua-dua belah mukanya?”

Geram dengan cakap-cakap penduduk pulau tersebut, si manusia sempurna itu lantas mempertahankan dirinya.

“Eh, sedar sikit siapa yang cacat di sini? Aku sempurna, okay. Telinga ada, tangan ada, kaki ada. Kalianlah yang cacat!”

Wakil penduduk pulau itu pun membalas, “amboi, sedap saja kata orang ya! Kau tu yang cacat dengan semua anggota tubuh yang kau ada. Tengok kami ni; ada yang kaki satu, ada yang kudung tangan, ada yang telinga sebelah. Inilah kesempurnaan!”

‘Ah, sudah! Fahaman apa yang sedang dianuti oleh penduduk pulau ini? Aku datang sebagai seorang yang sempurna, tetapi dituduh pula sebagai cacat,’ monolog si manusia sempurna dalam hati.


Begitulah analogi yang boleh kita bawa terhadap orang-orang yang diresapi pemikiran Jahiliah, yakni mereka yang tidak memiliki ilmu-ilmu yang benar.

Orang Jahiliah itu, apabila dibawakan kesempurnaan Islam kepada mereka, lantas mereka mengatakan bahawa hal tersebut adalah sangat cela dan mencacatkan pandangan.

Teranglah macam mana sekalipun untuk menunjukkan bahawa Islamlah agama yang paling benar dan punya penyelesaian yang paling sempurna. Kalau mereka hendak tolak, mereka tetap akan menolak jua kerana sudah terbiasa dengan kehidupan Jahiliah serta menganggap bahawa segala perbuatan dan kefahaman mereka selama ini adalah betul dan sempurna.

Moga-moga Allah sentiasa memandu kita dalam menjalani kehidupan yang benar-benar berada di atas jalan taufik dan hidayah-Nya, amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s