Kita Sentiasa Bergerak!

“Newton’s First Law states that an object will remain at rest or in uniform motion in a straight line unless acted upon by an external force. It may be seen as a statement about inertia, that objects will remain in their state of motion unless a force acts to change the motion.”

Hukum Pertama Newton menyatakan bahawa; sesuatu objek itu akan terus berada dalam keadaan pegun ataupun bergerak lurus sehinggalah terdapat daya yang mengubah keadaan tersebut. Hukum Pertama Newton ini turut dikenali sebagai hukum inersia.

Selama ini kita menyangka, jika sesuatu objek berubah dari kedudukan asal, baru objek tersebut dikatakan bergerak. Walhal pada hakikatnya, kesemua objek secara semula jadinya adalah bergerak, bukan pegun.

Bermakna, walaupun pada saat kita berdiri tegak, duduk diam di atas kerusi, atau sedang berbaring di atas katil pun (dalam keadaan kita berasakan kedudukan kita tetap), namun sebenarnya tiada langsung ruang di alam ini yang berada dalam keadaan pegun. Kita tetap secara hakikinya adalah bergerak. Kenapa?

Kerana Bumi yang kita pijak ini merupakan suatu objek yang sentiasa bergerak. Alam semesta yang kita diami ini tidak pernah diam. Sentiasa ada berlaku pergerakan dan perubahan dari semasa ke semasa. Kepegunan yang kita rasai ini hanyalah persepsi semata-mata, bukan pada realiti.

Maka, janganlah kita menyangka bahawa setiap objek yang kita lihat tidak bergerak itu sememangnya tidak bergerak atau pegun. Tidak! Objek-objek yang kita lihat itu – buku, meja, kerusi, katil, dan sebagainya – mereka sedang mengalami pergerakan dan perubahan. Hatta, diri kita pun sedang mengalami perkara yang serupa. Cuma, kita sahaja yang tidak merasainya!

Begitulah seperti yang pernah dikhabarkan dalam kitab tauhid berkenaan salah satu ciri makhluk (perkara yang diciptakan oleh al-Khāliq) yang sepuluh; bahawa setiap makhluk itu sifatnya baharu, dan setiap yang baharu itu pasti akan berlaku perubahan terhadapnya. Kita jangan ingat belajar ilmu tauhid ini ‘cikai-cikai’ sahaja, tahu?

Justeru, kalau sekalian alam ini bergerak dan berlaku perubahan, pantaskah untuk kita mengatakan pada diri sendiri bahawa kita ini tidak boleh bergerak maju dan tidak mampu berubah ke arah yang lebih baik? Jika halnya demikian, maka eloklah kalau kita mati sahaja sebelum sampai masanya, kerana hakikatnya kita tidak layak lagi untuk mengaku sebagai makhluk yang hidup dan bernyawa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s