Sebatang Pokok Itu

Sebatang pokok itu,
Dahulu punya dedaun yang berupaya memberi sang pengembara,
Suatu peneduhan yang mendamaikan.
Silir-semilir deruan angin turut menjadi siulan,
Menyapa lembut jasad yang terkujur lemah itu hingga tanpa sedar,
Jiwanya tenggelam dan hanyut dek diulit keasyikan yang menebal.

Sebatang pokok itu,
Entah mengapa objek kehijauan itu kini telah fana,
Mengecewakan sang pengembara yang sebetulnya sudah tidak bermaya.
Kini harus pula menangisi takdir dek kerakusan algojo sang durjana.

Sebatang pokok itu,
Dahannya mungkin telah dinodai,
Namun akarnya tetap kukuh terpateri di dasar Bumi.


Muhaimin Safaruddin
Sungai Buloh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s