Pilih Usrah seperti Pilih Guru

“Mengapa kita masih memerlukan usrah sedangkan pada zaman ini, ilmu (atau sebenarnya maklumat) mudah diperoleh melalui pembacaan dan capaian Internet sahaja?”

Tanya semula.

Mengapa kita masih belajar di sekolah atau universiti sedangkan pada zaman ini, ilmu (atau sebenarnya maklumat) boleh diperoleh tanpa melalui perantaraan guru atau pensyarah?

Hendak masuk atau sertai mana-mana usrah ini juga ibarat kita hendak memilih mana-mana guru untuk kita ambil manfaat ilmu daripadanya.

Kalau tersalah pilih guru, maka salah jugalah kefahaman yang bakal kita dapat. Daripada kefahaman yang salah itu jugalah bakal melahirkan tindakan yang salah walau pada zahirnya kelihatan betul.

Dan, kalau kita kata usrah menjadi punca indoktrinasi yang salah terhadap anak-anak usrah, maka salahkanlah si pembawa usrah yang acah naqib atau murabbi itu. Kenapa hendak generalisasikan semua kesalahan tersebut terhadap kesemua kumpulan usrah yang ada?

Atau lebih baik, salahkanlah diri sendiri sebab tidak pandai hendak mencari guru atau naqib usrah yang betul. Ada akal untuk menilai dan menimbang tara, tetapi tidak mahu menggunakan potensi akal tersebut sebaik mungkin.

Orang sana kata, “usrah ni semua poyo, bawa ajaran sesat, bla bla.” Kita pun “oh wah takutnya seriously…” lalu mengangguk saja.

Atau orang sini yang duduk di dalam usrah, apa-apa saja yang dikatakan oleh naqib seperti, “kerajaan zalim, dayus, taghut. Pembangkang khawarij! Yada yada…” Kita pun mengiyakan saja.

Kedua-dua jenis kumpulan manusia ini memang akan ada pada setiap ketika dan di mana-mana jua kita berada. Maka, mengapa tidak mahu termasuk dalam golongan pertengahan atau yang bersederhana?


وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?”

يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”

لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku daripada jalan peringatan (al-Quran) setelah disampaikan kepadaku. Dan ialah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).”

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai!”

[Al-Furqān, 25: 27-30]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s