Perlumbaan

Aku dapati,
Ada antara kita yang menganggap bahawa
Kehidupan ini adalah suatu perlumbaan.

Masing-masing mahu menang dan tidak mahu mengalah,
Masing-masing antara kita mahu membuktikan siapa antara kita yang
Paling hebat,
Paling terkehadapan,
Paling berprestasi.

“Aku orang pertama yang berkongsi isu semasa.
Aku dapat markah tertinggi di dalam kelas.
Aku graduasi dahulu.
Aku kahwin dahulu.
Aku dapat anak dahulu.
Aku beli rumah, kereta dahulu.”

Tapi soal mati
Kita tidak mahu menjadi yang terdahulu pula, ya?

Jangan!
Jangan pernah menganggap hidup itu suatu perlumbaan,
Perlumbaan tentang siapa yang dahulu, siapa yang kemudian.
Aku menang, engkau kalah.
Rupa-rupanya hanya sekadar kalah dalam menang.

Tetapi, pandanglah kehidupan ini sebagai suatu perjalanan,
Perjalanan yang maha panjang.
Perjalanan yang ada titik mula dan akhirnya.
Perjalanan yang bakal menemui noktahnya.

Kalau mahu berlumba juga,
Biarlah perlumbaan kita adalah tentang
Siapa yang dahulu mengerjakan amal-amal soleh,
Siapa yang dahulu berbuat kebajikan,
Siapa yang dahulu menyebar makruf dan mencegah mungkar.

Bukankah kehidupan kita di atas dunia adalah sebagai ujian?
“(Tuhan) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah antara kita yang paling baik amalnya.”

Layakkah amal kita untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik?
Layakkah amal kita untuk tiba ke destinasi dengan aman dan selamat tanpa cacat dan cela?
Layakkah amal kita untuk dinobatkan sebaga pemenang?

Aku memerhati,
Mungkin sebenarnya
Kehidupan ini merupakan
Suatu perlumbaan dalam perjalanan.
Berlumba-lumba dalam beramal dan berbakti.
Berlumba-lumba dalam berusaha dan mensyukuri.

Agar pada akhirnya,
Perjalanan yang entah bila kan berpenghujung ini
Dapat diakhiri dengan kejayaan meraih rahmat dan reda-Nya
Di suatu daerah yang tiada lagi perlumbaan mahupun perjalanan.


Muhaimin Safaruddin
Februari 15, 2017
10.45pm
Kuala Lumpur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s