Percaturan

Dalam susun atur permainan catur, bidak-bidak atau Pawn yang berada di barisan hadapan kebiasaannya akan digerakkan pada permulaan permainan sebelum ‘watak-watak’ catur lain yang berada di barisan belakang mengambil giliran.

Tambahan pula, pemain tidak terlalu mengambil kisah pun jika bidak-bidak ini ‘mati’ terlebih dahulu, asal saja pahlawan-pahlawan lain yang lebih kuat seperti Castle, Knight, dan Bishop kekal hidup dan berkuasa.

Manakala, duo yang menjadi ibarat nadi bagi sesebuah pemain catur; Queen dan King perlu dipertahankan habis-habisan. Queen menjadi simbol perwira yang paling agung dan pemain akan berasa seolah-olah hilang separuh nyawa andai sang Ratu ‘dibunuh’ oleh pihak lawan.

Apa pula tugas King atau sang Raja ini?

“Wahai kalian yang berdiri di hadapan dan sisi saya! Nyawa beta terletak dalam tangan kalian. Apa lagi, mulakan serangan dan pertahankan beta habis-habisan!”

Maka, sekalian rakyat dan pahlawan yang tunduk dan patuh akan arahan sang Raja sanggup menumpahkan darah demi Raja kesayangan. Tetapi, apa pula tindakan Raja?

Heh, jangan haraplah Raja nak turun berjuang sekali.

‘Ah, lantaklah! Biarlah mereka mati dahulu, asal saja beta selamat di sini,’ getus sang Raja dalam hati sambil hanya memerhatikan anak-anak buahnya satu demi satu diterkam dan dirobek nyawanya dengan begitu rakus.

Kemudian, apabila kedudukannya mula tergugat dengan ugutan ‘check!’ dan tiada siapa lagi anak buahnya yang mampu membantu, barulah sang Raja melangkahkan kaki. Itupun hanya setapak demi setapak.

‘Dasar lemah dan pengecut, duhai algojo!’ Luah penulis kesal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s