The Little Prince

“What makes the desert beautiful is that somewhere it hides a well.”

“It is only with heart that one can see rightly; what is essential is invisible to the eye.”

“She was not a common rose. She was the only one of her kind in the whole universe.”

“Growing up is not the problem, forgetting is.”


The Little Prince Movie (“Le Petit Prince” dalam Perancis), sebuah filem tahun 2015 arahan Mark Osborne (juga pengarah bagi filem “Kung Fu Panda“) yang berdasarkan sebuah novel tahun 1943 dengan tajuk yang serupa karangan Antoine de Saint-Exupéry.

Novel ini menjadi salah sebuah bahan bacaan selain “Who Moved My Cheese” yang wajib dihadam oleh kami yang mengambil kursus “Introduction to Psychology” bersama Prof. Hwang Samuel Sukhyun di Chonnam National University (전남대학교). Mungkin ada sesuatu yang menarik berkaitan dengan psikologi menyebabkan Prof. Sam memilih karya ini untuk ditelaah dan dikaji.

Setelah mendapat tahu bahawa novel ini telah diadaptasi menjadi sebuah filem animasi, saya lantas mengambil keputusan untuk menonton terlebih dahulu filem ini berbanding mengkhatamkan novel asal. Penyakit malas membaca datang menyerang, bukan? Hendak buat macam mana…

Apa yang membuatkan filem ini menarik bagi saya?

1- Keseluruhan watak yang menghidupkan jalan cerita filem ini langsung tidak mempunyai sebarang nama khusus.

Yang ada cuma panggilan umum bagi setiap watak itu; Mother, Little Girl (sweetheart / sweetie), Aviator (old man), Little Prince, Rose, Fox, Snake, Conceited Man, King, Businessman, dan banyak lagi.

Kalau kalian perasan, kisah-kisah yang diperihalkan dalam kitab al-Quran nyata membawa konsep yang serupa; hanya dilakukan penceritaan secara umum. Sebagai contoh, lihat sajalah Surah al-Kahfi, adakah disebut nama setiap pemuda beriman yang menghuni gua itu seorang demi seorang? Tidak, bukan? Nama dua orang pemuda yang memiliki kebun pula? Ada atau tidak?

Bagaimana dengan kisah Firaun, adakah Quran menyatakan secara khusus Firaun pada zaman bila dan Firaun yang mana satu yang telah diperintahkan oleh Allah untuk Musa AS dan Harun AS berdakwah secara lemah-lembut kepadanya?

Bagaimana pula dengan nama-nama wanita selain Maryam, ibunda ‘Isa AS dalam al-Quran? Adakah Tuhan menyebut secara jelas bahawa nama isteri al-‘Aziz yang menggoda Yusuf AS ialah Zulaikha? Tidak! Nama dua orang wanita yang berjalan tersipu-sipu kepada Musa AS sewaktu baginda membantu mereka berdua, kalian perasan bahawa nama mereka langsung tidak diceritakan? Belum masuk lagi perihal nama isteri bagi Adam AS, Nuh AS, Lut AS, dan lain-lain serta nama ibu dan kakak Musa AS. Banyak, weh!

Pendek kata panjang cerita, Quran hanya mengguna pakai kaedah penceritaan secara umum, dan filem ini pula mengikut kaedah pengkisahan kitab mukjizat agung tersebut. Hebat!

Sesuailah dengan kata-kata Aviator dalam filem ini, “what is essential is invisible to the eye.”

2- Filem ini saling bertukar antara realiti dan fantasi, dan hal itu yang diperlukan dalam penceritaan massa.

Bagaimana atas nama ‘pendidikan’, ibu bapa zaman ini memaksa anak mereka untuk melalui hidup mengikut sistem kehidupan ciptaan ibu bapa yang jauh dari norma kehidupan seorang kanak-kanak biasa; bermain alat permainan, berfantasi dengan dunia fiksyen mereka, berkejar-kejaran sesama rakan, dan banyak lagi.

Anak-anak diasuh untuk menjadi dewasa terlalu awal daripada menghayati zaman riang kanak-kanak atas desakan orang dewasa yang mahukan mereka cepat menjadi dewasa agar tidak menyusahkan mereka. Lantas, hal tersebut mempengaruhi psikologi anak itu pada kemudian hari. Anak-anak yang sudah dewasa itu pula hanya menjadi hamba kepada sang kapitalis yang kemudiannya mengaut keuntungan daripada mereka yang hanya sibuk bekerja atas alasan mencari rezeki.

Betullah bak kata Aviator, “growing up is not the problem, forgetting is.”

3- Runut bunyi (soundtrack) filem ini diperkemas oleh pemuzik terkenal, Hans Zimmer.

Ya, Hans Florian Zimmer, beliau memang salah seorang pemuzik kegemaran saya! Lihat sajalah hasil tangannya dalam beberapa buah filem pecah panggung; kesemuanya memang membangkitkan mood ketika menonton sesuatu filem itu.

Antara filem terkenal yang mempunyai gubahan muzik beliau; The Lion King, The Gladiator, Spirit: Stallion of the Cimarron, Batman Begins, The Dark Knight, Inception, Interstellar, dan banyak lagi!


Saya rasa, cukuplah tiga perkara ini yang mahu saya ketengahkan. Lain orang, lain sudut pandangnya. Apa kata kalian tonton dahulu filem ini dan berikan pandangan kalian pula. Lagi bagus, cari novel asalnya sekali.

Walaupun filem ini hanya menggarap sekitar 2/3 daripada isi kandungan novel sebenar, namun jalan ceritanya tetap segar dengan nilai mesej dan pembawaan asal yang terkandung dalam naskhah tersebut.

Selamat membaca dan menonton! 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s