Cebisan Penulisan

Ada desas-desus suara hati yang timbul;

“Aduh, letihnya menulis blog!”
“Aduh, sakitnya buat assignment!”
“Aduh itu, aduh ini…”

Padahal, pekerjaan-pekerjaan seumpama itu secara kasarnya, kita hanya perlu duduk di hadapan komputer dan menaip. Ya, ini baru menaip sedikit. Belum lagi menerbitkan senaskhah buku. Bagaimana agaknya kekuatan dan ketabahan luar biasa yang ada pada sarjana-sarjana terdahulu. Mereka menghasilkan karya-karya penulisan bukan dengan kemudahan seperti yang kita miliki pada hari ini.

Ada yang menulis dengan hanya bertatahkan tinta.
Ada pula yang sekadar bersuluhkan cahaya pelita.
Menulis pula bukan sehelai dua, namun berjilid-jilid tebalnya.
Namun, hasilnya? Benar, sangat luar biasa!

Nilai khazanah warisan mereka sangat tinggi hingga menjadi rujukan umat zaman-berzaman. Kalau hendak dibandingkan dengan buku terlaris zaman ini pun mungkin tidak sesuai dan amat jauh sekali untuk dibuat perbandingan.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk sentiasa kuat menulis dan menulis! Jadikanlah penulisan kami bermanfaat untuk ummah.

Ya Allah, perkenankanlah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s