Ibrah ‘Monopoly’

Siapa ingat lagi? Dahulu, semasa kita masih bertaraf mumaiyiz, pernah bukan kita bermain permainan seperti Saidina, Jutaria, Monopoly, atau yang sewaktu dengannya. Betul tak?

Persamaan antara kesemua jenis permainan tersebut ialah, kita perlu memiliki sebanyak mungkin pemilikan hartanah, rumah, hotel, dan sebagainya melalui jumlah modal yang serupa pada permulaan permainan bagi setiap orang pemain. Hal ini amat penting bagi memastikan kita benar-benar memiliki sumber kewangan yang sangat kukuh. Akhirnya, kita layak dinobatkan sebagai pemenang pada akhir permainan jika kita berjaya menjadi seorang jutawan yang paling banyak memiliki serta memonopoli harta.

Tetapi, apa yang berlaku setelah tamat permainan? Barang permainan mula dikemas semula. Rumah-rumah dan hotel-hotel serta kepingan-kepingan wang disusun kembali ke kotak asalnya. Ya, setiap harta benda dan wang yang kita miliki tadi sebenarnya tiada apa-apa nilai pun. Itu semua cuma… Permainan. Ironinya, sewaktu kita bermain permainan tersebut, kita berasa sangat bangga dengan pemilikan harta dan wang tunai yang begitu banyak. Padahal, semua itu cuma fantasi dan hanya khayalan semata-mata.

Hakikatnya, kita hidup di dunia pun seperti itu juga. Kita bersusah payah mengumpulkan segala jenis harta benda dan wang ringgit, namun selepas kita mati, tiada apa pun yang tinggal pada diri kita. Ironinya, kita masih lagi sanggup mengejar segala bentuk harta benda keduniaan yang pada akhirnya, kita akan tetap meninggalkan juga harta benda itu.

Hmm, apa yang kita hendak sebenarnya daripada dunia yang fana ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s