Bukan Semata-Mata Akademik

Kebanyakan pemuda atau belia berfikir bahawa, “satu-satunya cara untuk aku memberikan manfaat kepada Islam ialah melalui akademik,” atau “satu-satunya cara untuk aku melakukan sesuatu demi Islam adalah dengan menjadi seorang dai superstar, hoyeah!”

“Aku kena pergi ke Universiti al-Azhar, aku kena pergi ke Universiti Islam Madinah, aku kena pergi ke universiti sekian-sekian, universiti itu, universiti ini, dan tamatkan PhD aku…”

Err, sekejap. Tahukah kalian, bukan semua orang ditakdirkan untuk menjadi seorang ulama, sarjana, atau ilmuwan? Menariknya, sebuah fakta yang perlu kalian tahu ialah, majoriti sahabat Rasulullah SAW juga bukanlah seorang sarjana atau ilmuwan.

Majoriti sahabat Rasulullah bukan merupakan seorang perawi hadis.
Majoriti sahabat Rasulullah bukan merupakan seorang yang faqih mengenai hukum halal dan haram.
Tetapi yang menariknya, mereka yakni para sahabat Rasulullah SAW, kesemuanya berada dalam kedudukan dan darjat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT!


Saya fikir, hal ini merupakan antara salah faham yang terbesar dalam kalangan pemuda Islam kita pada hari ini. Kita berfikir bahawa seorang pemuda yang beriman dan bertakwa; satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk membawa faedah kepada Islam adalah dengan mendedikasikan seluruh hidup kita hanya untuk akademik semata-mata.

Mungkin kadangkala, akan berlaku beberapa perkara dalam hidup seperti ibu bapa memerlukan kita, kita perlu bernikah, kita akan memperoleh pekerjaan, dan lain-lain perkara yang mungkin menghalang kita daripada pergi dan belajar mengenai akademik Islam.

Lalu, kita mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan seharian dengan penuh lesu (lackadaisical), tidak Islamik, dan berasakan bahawa kita tidak punya apa-apa untuk Islam. Sebab apa? Sebab kita telah berfikir bahawa, “aku tak mampu untuk pergi ke al-Azhar, aku tak mampu untuk pergi ke Madinah, jadi aku hanya mampu menjalani hidup secara biasa-biasa (mediocre) sahajalah…”

Ehem, nasihat saya untuk sahabat-sahabat yang mungkin berfikiran seperti ini:

Kalau kita tidak mampu untuk menjadi seorang sarjana atau ilmuwan sekalipun, itu tidak bermakna bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa untuk Islam. Demi Allah! Golongan sarjana memerlukan golongan yang bukan sarjana, dan golongan sarjana juga memerlukan golongan sarjana daripada bidang yang lain.

Jika kita tidak mampu untuk menjadi seorang yang pakar dalam bab keilmuan Islam, jadilah pakar dalam bidang-bidang yang lain, hatta pakar dalam bidang-bidang sosial dan kemasyarakatan, pakar dalam pembinaan masjid, pakar dalam sesuatu kemahiran, dan apa-apa jua kepakaran sekalipun. Lakukan sesuatu yang produktif dan praktikal, asalkan perkara tersebut halal dan bisa meraih keredaan daripada-Nya.


Percayalah! Saya, kalian, dan setiap daripada kita; masing-masing punyai fungsi dan peranan tersendiri yang boleh digunakan untuk kebaikan umat. Sebahagian daripada peranan tersebut akan bersifat lebih umum (public) daripada peranan yang lain, tetapi tidak bermakna peranan-peranan itu adalah yang terbaik pada pandangan Allah SWT. Jutaan manusia lain yang melakukan pekerjaan yang tidak bersifat umum; pada pandangan-Nya mungkin adalah jauh lebih baik daripada pekerjaan yang bersifat umum dan mendapat perhatian manusia.

Hal ini demikian kerana, mereka melakukan pekerjaan tersebut jauh daripada kekotoran dan kebusukan penyakit riyak (show off). Mereka melakukannya di sebalik tabir! Mereka membina sekolah dan masjid, mereka memberikan makan minum kepada anak-anak yatim dan golongan gelandangan, mereka melakukan kerja-kerja amal, dan lain-lain perkara yang mereka mengkhususkan diri dalamnya.

Bukankah itu suatu bentuk pekerjaan yang suci dan mulia?

Jadi, apa-apa saja yang kita lakukan, jangan sesekali kita bersikap hilang arah andai sesuatu bidang pengkhususan itu tidak menjadi milik kita. Yakinlah bahawa dalam setiap bidang yang sama ada telah kita ceburi ataupun bidang yang kita diceburkan diri dalamnya, Allah pasti akan menilai dengan sebaik-baik ganjaran andai niat kita dalam melakukan setiap pekerjaan adalah semata-mata demi Dia dan kerana Dia.


Insha Allah, I pray that all of us will always be positive, active, and productive every day!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s