Hangat! Siapakah Mujaddid pada Zaman Ini?

Pernahkah kalian mendengar sabda Rasulullah SAW yang agung ini?

“إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لهذِهِ الأمَّةِ عَلَى رأْسِ كلِّ مائةِ سنةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَها”

“Sesungguhnya Allah Taala membangkitkan untuk umat ini pada hujung setiap seratus tahun, seorang mujaddid terhadap agamanya.”

(Hadis riwayat Abu Dawud no. 4921, dinilai sahih oleh al-Albani)

Mujaddid di sini bermaksud orang yang memperbaharui atau membaik pulih (reform) umat Islam dalam bentuk kefahaman, keimanan, dan pelaksanaan Islam. Dengan kata mudah; mengejutkan orang yang sedang tidur, yang usang diperbaharui, dan yang lupa diingatkan.

Dikisahkan, tatkala seorang tok guru menceritakan hadis ini kepada anak-anak muridnya, anak-anak muridnya lantas bertanya kepada beliau, “wahai tok guru! Siapakah mujaddid pada zaman ini?” Saya pasti bahawa kalian yang membaca artikel ini pasti akan memikirkan soalan yang sama, bukan? Tahu apa jawapan tok guru tersebut?

“Itulah silap kalian! Kalian telah pun menerima sahaja bahawa akan ada seseorang yang akan menjadi mujaddid, seseorang yang akan berada di atas! Kenapa bukan kalian sendiri yang berdoa kepada Allah, ‘Ya Allah! Jadikanlah aku mujaddid yang dimaksudkan oleh Nabi pada penghujung setiap 100 tahun itu’? Kenapa kalian perlu menerima perkara yang biasa-biasa seperti ‘ala, nanti kan ada orang yang akan jadi mujaddid’? Kenapa bukan kalian sendiri yang berazam dan bercita-cita untuk merebut tempat tersebut?”

Murid-muridnya terdiam seribu bahasa. Sambung tok guru itu lagi:

“Ya, saya tahu, kalian mencuba untuk menjadi realistik; ‘ala, akhir-akhir nanti akan ada seorang sahaja yang menjadi mujaddid’, betul? Jadi, buat apa perlu bersusah-payah? Tunggu dan lihat sahajalah, bukan?”

“Tetapi, pernahkah kalian terfikir, jika kalian menetapkan matlamat untuk menjadi ‘the all time mujaddid of this century‘, kemudian berusaha ke arah itu. Ya, kalian mesti mahu memenangi perlumbaan ini, berlumba-lumba ke arah kebajikan, dan mengisi sisa-sisa hidup untuk memberikan manfaat kepada ummah. Saat kematian menjemput, walaupun kalian tidak dapat menuju ke puncak mujaddid tersebut, namun kalian pasti telah pun mendaki dengan sangat tinggi!”

“Kata orang, tujulah ke arah bintang, walau kalian hanya bisa berhenti di Bulan. Walaupun tidak mampu untuk sampai ke arah bintang, tapi sekurang-kurangnya kalian telah mencapai kejayaan dengan begitu cemerlang, iaitu berjaya sampai ke Bulan yang bukan semua orang boleh melakukannya.”

“Begitulah sepatutnya. Walaupun kalian tidak berjaya mencapai taraf mujaddid, tetapi sekurang-kurangnya, kalian telah membawa manfaat kepada ummah, bukan setakat puluhan atau ratusan, malahan mungkin ribuan, jutaan, atau berbilion orang! Masya-Allah, kalian telah melakukannya, betul? Dan itulah sebenarnya yang ummah mahukan daripada kalian, daripada kita!”

Terpana sekalian murid mendengar syarahan tuan guru mereka. Masing-masing tunduk membisu, cuba berfikir dan menghadam kebenaran serta menggali ibrah sedalam mungkin daripada mutiara katanya yang sungguh berharga.


Apa khabar, para mujaddid sekalian?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s